Thursday, 12 June 2014

Kawan Yang Boleh Dipercayai

Sarah Elena.

Aku sedang merenung ke tetingkap. Sedangku merenung, teringat kembali memori apabila aku di sekolah menengah. Sarah. Sarah adalah kawan saya sejak darjah satu. Dialah yang menolongku apabila aku susah. Dialah yang menasihatiku apabila aku buntu. Dialah yang menyokongku apabila aku sedih. Dialah yang membetulkan kesilapanku apabila aku salah. Dialah kawan aku yang sejati. Aku memang menghargai pertolongan dan dia telah meluruku ke jalan yang betul dan lurus.

Memori indah masih terukir in fikiranku. Aku masih ingat lagi bantuan yang dia buat yang telah berubah hidupku...
__

Awan hitam kelihatan cahaya kilat memanah langit. Petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan. Hujan hari itu akan tetap kencang berguguran melunaskan tugasku. Aku sedang bekerja di sebuah kedai buku. Melayani pertanyaan pelanggan dan menyusun buku di rak-rak yang tertentu. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.

“Helo?” aku ucap.

“Siti, mana engkau sudah 5 hari kau tidak hadir ke sekolah.” Sarah balas.

“Oh. Aku sibuk. Esok aku janji aku akan ke sekolah.”

Aku tidak memberi masa untuk Sarah membalas, aku menamatkan panggilan.

Sebenarnya, aku sudah lama tidak datang ke sekolah. Lima hari... panggilan telefon dari Sarah mengingatkanku. Sebenarnya, bukan aku sengaja tidak hadir sekolah tetapi terpaksa. Ibuku sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Bapaku pula terlibat dalam satu kemalangan.
Akulah, satulah-satulah harapan bapaku, segi kewangan dan pendidikan. Akulah yang terpaksa bekerja untuk melunaskan bil hospital. Akulah yang terpaksa bekerja untuk menyediakan makanan di atas meja. Akulah yang terpaksa bekerja untuk membayarkan bil-bil rumah. Cara bapaku menerangkan kemalangan itu masih menakutkanku…

“Aku sedang menunggang motosikal. Lopak air dimana-mana, membuat jalan yang licin dan berbahaya. Tiba-tiba, ada satu kereta. Kereta itu dipanda ke kelajuan penuh. Dia tidak mematuhi peraturan. Selepas itu, aku tahu, aku tercampak dari motosikal aku. Nafasku pendek-pendek macam nyawa ikan yang tidak kena air. Aku mengerang kesakitan yang amat sangat. Aku memegang perutku yang sekarang berlumuran darah pekat. Mukaku yang bengkak jauh dari biasa. Tenagaku pula bagaikan terpadam. Visiku kabur. Seterusnya aku tahu yang aku dibaringkan di atas tandu sebelum diangkat. Aku diusung masuk ke ambulans. Selepas itu, visiku tertamat. Aku bangun di dalam hospital dengan engkau sebelahku. Kau menjerit-jerit nama doktor apabila sedar. Sekarang, sinilah aku.”

Lamunanku terputus.

Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan tercalit di wajahku. Dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap. Rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatiku. Kini aku cuma berasa kosong, hampa, hatiku luluh. ‘Ini semua ujian Tuhan. Janganlah putus asa, Allah sentiasa ada. Berdoa sahajalah.’ suara ibuku terngiang-ngiang di dalam kepalaku. Inilah satu-satunya sebabnya kenapa aku tidak berputus asa. Namun dalam kesedihan yang dapat memusnahkan hidupku, aku masih berharap pulangnya petang itu bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah. Aku mesti kekal tabah.
__

Keesokan hari, aku ke sekolah. Aku dihujani dengan pertanyaan rakan-rakan sekolah. ‘Mengapa kau tak ke sekolah?’ disebuti rakan-rakanku.

“Mengapa engkau tidak ke sekolah. Sudah lima hari? Kau buat apa? Aku hubungi kau, kau tak jawab. Aku dan rakan-rakan risau.” ujar Sarah.

“Aku kan sudah beritahu kau. Aku sibuk.” aku balas.

“Sibuk lima hari. Tak mungkin. Baik kau beritahu aku kenapa kau tidak hadir sekolah, sudah lima hari.”

“Hmph, okey, engkau sahaja yang dapat tahu ini. Kau jangan beritahu orang lain. Janji?” aku hendak dapat jaminan daripadanya sebagai kawan baik, dia harus mematuhi perjanjian.

“Janji!”

“Sebenarnya, aku sedang bekerja. Bapa akuterlibt dalam kemalangan dan aku harus melunaskan bil-bil hospital. Itulah sebab mengapa ku tidak hadir sekolah."

“Oh!”

Di kelas, Cikgu Aminah sedang membincang tentang mata pelajaran Sains. Sebelum ini, aku memang mengerti tentang mata pelajaran ini, tetapi sekarang? Aku tidak mengerti apa yang Cikgu Aminah sedang membincang. Mindaku pun melayang-layang entah ke mana. Aku tidak dapat fokus.

“Siti… Siti,” suara itu membawaku balik ke kelas Sainsku. Aku melihat hadapanku. Cikgu Aminah berdiri di hadapanku.

“Siti, tolong jumpa saya selepas kelas,” Cikgu Aminah muktamadkan.

Aku keluh. Banyak yang aku tertinggal apabila aku tidak hadir sekolah. Aku sekarang tidak dapat fokus. Fokusku selalu melayang ke rumah. Adakah bapaku selamat? Sudahkah dia makan yang aku sediakan? Soalan- soalan yan sama sentiasa memenuhi kotak fikiran. Aku terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran.
__

“Mengapakah kamu tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas?” Cikgu Aminah soal.

“Saya cuma penat. Saya janji saya akan tumpukan perhatian untuk kelas yang akan datang,” aku mengisytirahkan, aku takut jika Cikgu Aminah menelefoni bapaku. Aku tidak mahu menganggung fikirannya, kemalangan dan kematian ibuku sudah cukup untuk dia.

“Okey. Saya berikan kamu satu lagi peluang. Jangan hampakan saya. Inilah lembaran kerja yang kamu harus lakukan tetapi kamu tidak hadir ke sekolah. ” Cikgu Aminag memberi amaran kepadaku.

Aku mengangguk. Aku mengambil lembaran kerja daripada tangannya, selepas itu aku terus menuju ke perpustakaan untuk melengkapkannya. Aku tiada masa untuk lakukan kerja ini di rumah. Aku terpaksa bekerja.

Kring… Kring… Kring…

Nada dering telefonku berbunyi.

Aku mengangkatnya.

“Siti, Siti. Engkau di mana?” Sarah soal.

“Aku di perpustakaan.” Aku bisik, tidak mahu menganggung pengguna perpustakaan yang lain.

“Aku akan ke sana. Kau jangan ke mana-mana!”

“Tidak meng-“

Talian terputus. Sekarang, Sarah pula yang menamatkan panggilan.
__

Apakah jawapan bagi soalan ini. Sudak banyak kali aku melihat buku teks untuk jawapan. Aku keluh dan garuk kepalaku.

Seperti membaca mindaku, Sarah menanyaku, “Ada apa-apa masalah?”

“Ini. Soalan ini aku tidak pasti.”

Selepas menerankan soalan itu. Aku sudah pasti. “Terima kasih, Sarah.”

“Tiada masalah.”

“Sarah, kau tidak beritahu tentang apa yang aku beritahu kepada sesiapa, kan?”

“Tak,” dia nafas sebelum dia meneruskan ucapannya, “Walaupun aku tidak beritahu sesiapa, engkau janganlah berdiam diri dan mengalami kesusahan seorang diri. Aku nasihatkan kau untuk memberitahu Cikgu mungkin sekolah boleh memberi bantuan?”

“Baiklah.”
__
 
Keesokan hari, aku dan Sarah berjumpa dengan setiausaha sekolah. Sarah menerangkan setuasi kepadanya. Emosiku belum lagi sedia. Untuk menerangkan kemalangan bapaku dan kematian ibuku akan membuatku ingat memori yang aku hendak buang; ia akan membuatku sedih. Selepas semua sudah selesai, aku mengumpul kertas-kertas yang perlu diisi. Sarah pun menerangkanku tentang bantuan yang disediakan sekolah.

Akhirnya, rasa beban sudah diangkat dari bahuku. "Sarah," aku memanggilnya, "Aku cuma mahu ucapkan terima kasih. Kaulah yang membantuku, membimbingku, menasihatku dan penting sekali kau telah menepati janji. Aku tidak dapat terima kasih banyak kepada kau. Terima kasih."

"Tidak mengapalah. Akukan kawan kau. Kawan sepatutnya tolong-menolong."

Aku memeluknya. Persahabatan kami seperti air dicencang tiada putus. Bagai aur dengan tebing; kita harus hidup saling bekerjasama.

__

"Siti... Siti!" Jeritan dari bapaku memutuskan lamunanku.

"Kaki bapa sudah boleh jalan! Sudah boleh jalan," bapaku ujar.

Aku melihat perasaan gembira. Inilah pertama kali dia memang gembira selepas kematian ibuku dan kemalangan yang dia terlibat. Aku senyum. Kegembiran hatiku menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam mataku. Air mataku jatuh membasahi pipiku yang gebu. Senyumanku melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatiku. Akhirnya, masalah sudah selesai.

Ditulis oleh: Nuur Hasanah (2014)

No comments:

Post a Comment